Andai hidupmu penuh dengan dugaan
hadapi dengan akal dan iman
Andai hidupmu penuh dengan kegembiraan
ingatlah akan tiba waktu berduka
Andai hidupmu penuh dengan teman
akan sampai masa semua pergi
Andai hidupmu tidak tenang
beribadatlah
berdoalah
kerana DIA maha mendengar
Andai hidupmu panjang
jangan lalai
penuhkan usiamu dengan amalan
Andai hidupmu pendek
usah sesekali merungut membenci Tuhan
kerana DIA merancang yang terbaik untuk kamu
Andai hidupmu dipenuhi dengan rezeki
bersedekahlah
ingat rezeki itu hanyalah pinjaman dari ALLAH
Andai hidup ini penuh dengan dosa
maka KAU sedarkan aku wahai TUHANKU
aku tak layak menghuni dunia ciptaanMU
No comments:
Post a Comment