Wednesday, January 11, 2012

10 Fakta Menarik Tentang Kelantan FC


walaupun aku sebagai penyokong tegar pasukan TERENGGANU FC, tapi kali ni aku tertarik dengan pasukan yang makin meningkat naik namanya kat pentas antarabangsa, KELANTAN FC. Ni sebahagian fakta menarik tentang pasukan ini.


  1. Mula ditubuhkan pada 1946 namun sejarah bola sepak kelantan ini bermula pada tahun 1889
  2. Stadium baru Kelantan FC akan dibina di Bukit Merbau Pasir Putih, berkapasiti 65,000 menjadikan ia sebagai stadim ke 3 terbesar di Malaysia
  3. Coach Kelantan FC, Peter James Butler merupakan bekas pemain West Ham united dan West Bromvich Albion
  4. Pada musim 2008-2009, Kelantan melakar rekod unbeaten digelanggang mereka, namun kalah kepada KL Plus 3-0 setelah kontroversi melibatkan tempat perlawanan
  5. Pemain import Kelantan, Mohammed Ghaddar merupakan bekas pemenang kasut emas bagi AFC Cup 2007 dimana dia menjaringkan lima gol
  6. Kelantan merupakan pasukan yang mempunyai penajaan terbanyak iaitu 8 penaja. Umbro, Kool, Al-Hamra Group, Yusmira Trading, Sinar Harian, TRW Station, MASTERSKILL College dan Happy Prepaid
  7. Pasukan ini mempunyai purata kehadiran penonton yang paling tinggi iaitu 20,109 orang bagi setiap perlawanan
  8. Gaji termahal pemain pasukan Kelantan adalah Norshahrul Idlan Talaha, dimana gajinya mencapai RM21,000
  9. Kelantan akan bersaing di dalam pasukan H bersama Ayeyawady United (Myanmar), Arema Indonesia (Indonesia) dan Navibank saigon (Vietnam) dalam kejohanan AFC CUP 2012 bersama Terengganu FC
  10. Pasukan Kelantan satu-satunya pasukan bola sepak Malaysia yang tersenarai di dalam Top 400 pasukan terbaik dunia di mana ranking pasukan ini adalah 317, berkongsi tempat dengan RACING SANTENDAR dari Sepanyol

Sunday, January 8, 2012

Victorinox 1TB USB / eSATA flash drive


Victorinox dikenali kerana menghasilkan Swiss Army Knives + flash drives. Mereka akan melancarkan flash drive + army knives mereka yang terbaru pada hari isnin ni 10 januari 2012 di Consumer Electronic Association (CES) 2012. Terdapat dua warna sahaja iaitu merah atau hiam dan versi yang ditampilkan adalah penknife dan gunting, atau drives sahaja. Saiznya boleh dikatakan agak besar bagi golongan flash drives yang lain, namun sesuai dengan memori yang besar. Sangat besar.
Satu paparan skrin kecil (monochrome je ye) yang memaparkan kandungan dan memori juga terdapat pada flash drives ini. Tarikh pasaran dan harga asih belum diketahui. Tapi dah boleh agak mahal la sebab basic 64GB flash drives dari syarikat ni pun dah harga $290.99, version sekali dengan pisau dan gunting plak berharga $377.14. Peh! Mahal giler.

Thursday, January 5, 2012

Menjatuhkan pemerintah

Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman:

Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (Surah an-Nisa': 59)

Ayat ini mewajibkan taat kepada pemimpin yang meliputi para umara dam ulama. Dalam satu hadis, Nabi sallallahu 'alaihi wasallam menegaskan bahawa ketaatan ini merupakan sesuatu yang wajib, dan menjadi fardu dalam perkara-perkara yang makruf.

Nas daripada as-Sunnah menerangkan makna dan menyokong ayat tersebut bahawa yang dimaksudkan dengan taat itu ialah ketaatan mereka pada perkara yang makruf. Maka wajib bagi umat Islam taat pada pemimpin mereka dalam perkara yang makruf, dan bukan pada perkara maksiat. Apabila pemimpin menyuruh melakukan maksiat, mereka tidak boleh ditaati, tetapi tidak harus menderhakai atau cuba menggulingkan mereka berdasarkan sabda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam:

Maksudnya: "Barang siapa yang diperintahkan oleh seorang pemerintah, kemudian ia melihatnya melakukan maksiat kepada Allah Ta'ala, hendaklah ia membenci perkara maksiat tersebut, tetapi tidak boleh mencabut ketaatannya kepada pemimpin tadi." (Hadis riwayat Muslim)


Maksudnya: "Barang siapa yang keluar daripada ketaatan, serta berpisah daripada jemaah, lalu ia mati, maka matinya dalam keadaan jahiliah." (Hadis riwayat Muslim)


Maksudnya: "Wajib ke atas seseorang itu, dengar dan taat apa yang dia suka ataupun benci, kecuali apabila dia diarah melakukan maksiat. Pada ketika itu tidak perlulah ia dengar dan taat." (Hadis riwayat Muslim)

Para sahabat pernah bertanya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, apabila baginda menyebut tentang terdapat segolongan pemerintah yang kamu mendapat kebaikan dan kemungkaran daripada mereka. "Apa yang patut kami lakukan?" Baginda bersabda:


Maksudnya: "Tunaikanlah hak mereka, dan pohonkanlah kepada Allah hak kamu." (Hadis riwayat Bukhari)

Ubadah bin al-Samit berkata: "Kami berbaiah kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam untuk memberi ketaatan dalam keadaan kami suka atau benci, dalam keadaan susah dan senang, kami akan mengutamakan Rasulullah ke atas diri kami sendiri dan kami tidak merampas hak pemerintah." Kemudian Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kecuali jika kamu dapati kekafiran yang jelas, yang ada dalil dan bukti daripada Allah Ta'ala."

Ini merupakan dalil bahawa tidak harus menderhakai pemerintahan serta cuba menjatuhkan mereka, kecuali jika terhadap kekurufan yang nyata yang terdapat dalil daripada Allah Ta'ala. Ini kerana cubaan untuk menjatuhkan seseorang pemimpin boleh menyebabkan kerosakan yang besar serta keburukan yang dapat menggugat keamanan serta mengabaikan kewajipan. Pada ketika itu tiada orang dapat menghalang kezaliman dan membantu mereka yang dizalimi, serta keadaan menjadi kacau-bilau dan keamanan tidak lagi wujud.

Oleh itu, cubaan untuk menggulingkan seseorang pemimpin boleh membawa padah yang buruk serta keburukan yang nyata. Kecuali pada ketika umat Islam melihat kekufuran yang nyata, yang ada dalil daripada Allah tentang kekufuran mereka itu. Pada ketika itu haruslah menjatuhkan pemerintah tadi jika mereka mempunyai kekuatan. Tetapi jika mereka tidak mempunyai kekuatan, ataupun perbuatan mereka menjatuhkan pemerintah tadi boleh membawa kepada kerosakan yang lebih besar, maka tidak harus bagi mereka menjatuhkannya demi menjaga maslahah umum, berdasarkan kaedah syarak yang disepakati iaitu: Tidak harus menjatuhkan kejahatan dengan sesuatu yang lebih buruk daripadanya, bahkan mesti menolak keburukan itu dengan sesuatu yang dapat menghapuskannya atau meringankannya. Adapun menolak keburukan dengan keburukan yang lebih besar, maka hal ini tidak harus dengan ijmak (kesepakatan) para ulama.

Jika kumpulan yang melucutkan jawatan pemerintah yang melakukan kekufuran yang nyata itu mempunyai kekuatan untuk berbuat demikian dan menggantikannya dengan seorang pemerintah yang soleh dan baik tanpa membabitkan sebarang kemusnahan terhadap orang Islam, maka hal itu dibenarkan.

Tetapi jika perbuatan mereka itu mendatangkan kerosakan, menggugat keamanan, menzalimi orang ramai, serta lain-lain keburukan maka perbuatan itu tidak diharuskan. Bahkan mereka diwajibkan bersabar, dengar dan taat di dalam perkara yang makruf. Menasihati pemimpin serta menyeru mereka ke arah kebaikan. Mereka juga mesti berusaha meringankan atau mengurangkan kejahatan tersebut serta memperbanyakkan kebaikan.

Inilah jalan sebenar yang mesti diikuti untuk mendapatkan kemaslahatan bagi umat Islam. Ia juga dapat mengurangkan kejahatan dan menambah kebaikan selain daripada dapat menjaga keamanan dan menyelamatkan orang Islam daripada terjerumus ke dalam keburukan yang lebih besar. Kita pohon taufik dan inayah daripada Allah Ta'ala.


Sumber:Fatwa-fatwa di atas di ambil dari buku “Sistem Politik Islam Menurut Pandangan Al-Quran, Al-Hadis dan Pendapat Ulama Salaf,” Karya Khalid Ali Muhammad Al-‘Anbariy, Terbitan Telaga Biru, Rujuk Lampiran; Fatwa Samahatus Syeikh Abdul Aziz Ibn Abdullah Ibn Baaz, no: 1 & 2. 

Wednesday, January 4, 2012

Tarikh dan Peristiwa di Malaysia

  1. Hari kemerdekaan Tanah Melayu- 31 Ogos 1957
  2. Hari Malaysia ditubuhkan- 16 September 1963
  3. Singapura berpecah dari Malaysia- 9 Ogos 1965
  4. USM ditubuhkan- 7 Ogos 1967
  5. USM kampus kesihatan ditubuhkan- Ogos 1983
  6. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan ditubuhkan- 1 Januari 2000
  7. Sekolah Menengah Agama Bestari ditubuhkan- 29 Mei 1998
  8. Hari Lahir Aini Syafiqa- 3 Januari 1990
Selamat HAri LaHir SahaBat, semoga panjang umur dan murah rezeki.

p/s: 22 tahun suda. hahaha. birthday girl woman yang kat tengah-tengah tu. 


Monday, January 2, 2012

A chance


How often we wish for another chance?
To make a fresh beginning.
A chance to blot out our mistakes
And change failure to winning.

It does not take a special time
To make a brand-new start,
It only takes the deep desire
To try with all our heart.

To live a little better,
To always be forgiving,
To add a little sunshine,
In a world for which we're living.

Never give up in despair
Nor think you are through
For there's always a tomorrow,
A chance to start anew.

~Good luck Friends for final exam. Especially Medical Radiation students 09/10~