Wednesday, January 11, 2012

10 Fakta Menarik Tentang Kelantan FC


walaupun aku sebagai penyokong tegar pasukan TERENGGANU FC, tapi kali ni aku tertarik dengan pasukan yang makin meningkat naik namanya kat pentas antarabangsa, KELANTAN FC. Ni sebahagian fakta menarik tentang pasukan ini.


  1. Mula ditubuhkan pada 1946 namun sejarah bola sepak kelantan ini bermula pada tahun 1889
  2. Stadium baru Kelantan FC akan dibina di Bukit Merbau Pasir Putih, berkapasiti 65,000 menjadikan ia sebagai stadim ke 3 terbesar di Malaysia
  3. Coach Kelantan FC, Peter James Butler merupakan bekas pemain West Ham united dan West Bromvich Albion
  4. Pada musim 2008-2009, Kelantan melakar rekod unbeaten digelanggang mereka, namun kalah kepada KL Plus 3-0 setelah kontroversi melibatkan tempat perlawanan
  5. Pemain import Kelantan, Mohammed Ghaddar merupakan bekas pemenang kasut emas bagi AFC Cup 2007 dimana dia menjaringkan lima gol
  6. Kelantan merupakan pasukan yang mempunyai penajaan terbanyak iaitu 8 penaja. Umbro, Kool, Al-Hamra Group, Yusmira Trading, Sinar Harian, TRW Station, MASTERSKILL College dan Happy Prepaid
  7. Pasukan ini mempunyai purata kehadiran penonton yang paling tinggi iaitu 20,109 orang bagi setiap perlawanan
  8. Gaji termahal pemain pasukan Kelantan adalah Norshahrul Idlan Talaha, dimana gajinya mencapai RM21,000
  9. Kelantan akan bersaing di dalam pasukan H bersama Ayeyawady United (Myanmar), Arema Indonesia (Indonesia) dan Navibank saigon (Vietnam) dalam kejohanan AFC CUP 2012 bersama Terengganu FC
  10. Pasukan Kelantan satu-satunya pasukan bola sepak Malaysia yang tersenarai di dalam Top 400 pasukan terbaik dunia di mana ranking pasukan ini adalah 317, berkongsi tempat dengan RACING SANTENDAR dari Sepanyol

2 comments:

  1. fakta ke sebelas yang menarik:

    goal keeper dia,khairul fahmi che mat,pernah amik gmbr dgn perempuan yang komen nie..hahahahahahahaah

    ReplyDelete