Friday, December 30, 2011

10 laluan manusia menuju akhirat



LALUAN MENUJU KE KUBUR
* Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
* Hindarkan perasaan irihati ( benci )
* Jangan terpengaruh dengan harta dunia
* Sucikan qadha' hajat dgn istibra ( berdehem selepas buang air kecil )

LALUAN UTK BERJUMPA IZRAIL
* Bersihkan diri dgn bertaubat
* gembirakan hati orang mukmin
* Bayar semula kadha ( Solat & puasa ) yang tertinggal.
* Kasih sepenuh hati pada Allah Ta'ala 

LALUAN UTK BERJUMPA MUNGKAR NANGKIR
* Mengucap dua kalimah syahadah
* suka memberi Sedekah
* Berkata Benar
* Bersihkan dan perbaiki diri

LALUAN UTK MEMBERATKAN PERTIMBANGAN
* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dgn yang sedikit
* Suka dan redha dgn yang didatangkan oleh Allah

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
* Jauhkan perkataan sia-sia
* Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL MUSTAKIM
* Kasihanilah aulia Allah Ta'ala
* Berbaktilah pada ibu bapa
* Berpegang teguh pada hukum syarak
* Bercakap perkataan yang baik sesama manusia

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
* Banyakkan membaca al-quran
* Banyakkan menangis kerana dosa dosa lalu
* tinggalkan perkara yang maksiat
* Jauhkan segala yang haram

LALUAN UTK MEMASUKI SYURGA
* membuat kebajikan seberapa yang boleh
* Kasihi orang yang soleh
* kerjakan segala suruhan allah
* Merendahkan diri di antara sesama makhluk

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
* kasihilah nabi Allah Taala 
* kasihilah Rasullullah
* tuntutilah yang difardukan oleh Allah Taala
* banyak selawat Nabi SAW

LALUAN UTK BERTEMU ALLAH
* Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah Taala
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah Taala
* betulkan dan baikkan i'tikad kepada Allah Taala 
* Bencikan segala yang diharamkan Nya



p/s: kongsikan, untuk renungan bersama

Asus Padfone

Hari ni nak start cite pasal teknologi plak. Walapun aku bukan big fan sangat tablet, aku suka gak. Asus telah mengeluarkan beberapa gambar rasmi tentang tablet yang baru bernama Padfone iaitu gabungan antara tablet dengan smartphone dalam satu pekej. Samrtphone tu terletak kat belakang body tablet dan boleh di tanggalkan jika perlu.


Kedua-dua unit ni mempunyai sistem yang berlainan jika diasingkan. Tablet ni berukuran 10.1 inci, standard size bagi tablet yang sama dengan samsung galaxy tab 10.1, acer iconia tab a500 dan asus eepad transformer. Manakala smartphone ni berukuran 4.3 inci skrin. Kedua-dua device ini menggunakan Android OS. Dan ianya dijual dengan hanya dua warna, copper dan hitam. Tablet ini hanya di datangkan dengan versi WIFI sahaja dan bateri tersedia, namun jika smartphone diletakkan sekali, secara automatik, tablet ini mempunyai sembungan 3G. bijak kan? Tarikh released produk ni masih belum diketahui.

yang paling penting, device ni packing dengan NVDIA Tegra 3 (Quadcore). power!

Wednesday, December 28, 2011

come on final exam!


Sometimes struggles are exactly what we need in our life
If we were to go through life without any obstacles,
it would cripple us.
We would not be as strong as we could have been
and we could never fly.

So the next time you are faced with an obstacles,
a challenge, or a problem,
Struggle a little.

Then fly~


Sunday, December 25, 2011

Fakta yang mungkin korang tak tahu

  1. Negara matahari terbit merupakan Jepun, manakala matahari terbenam adalah Norway. Bukan Maghribi ye
  2. Lelaki yang berkhatan (circumsised) mampu bertahan lebih lama di ranjang berbanding mereka yang tak berkhatan
  3. Orang Perancis menyebut orgasm "la petit mort" yang membawa maksud the little death
  4. G.I yang didalam G.I Joe membawa maksud Government Issue. Dan G.I ini ditampal di semua peralatan perang US ketika perang dunia kedua
  5. Ibu jari anda sama panjang dengan hidung anda
  6. Tahukah anda sebenarnya boleh garu kepala anda ngan siku?*
  7. kadar pengangguran di Andorra adalah 0%

*sebarang pertanyaan boleh diajukan di ruang komen di bawah

Hidup ini...........


Andai hidupmu penuh dengan dugaan
hadapi dengan akal dan iman

Andai hidupmu penuh dengan kegembiraan
ingatlah akan tiba waktu berduka

Andai hidupmu penuh dengan teman
akan sampai masa semua pergi

Andai hidupmu tidak tenang
beribadatlah
berdoalah
kerana DIA maha mendengar

Andai hidupmu panjang
jangan lalai
penuhkan usiamu dengan amalan

Andai hidupmu pendek
usah sesekali merungut membenci Tuhan
kerana DIA merancang yang terbaik untuk kamu

Andai hidupmu dipenuhi dengan rezeki
bersedekahlah
ingat rezeki itu hanyalah pinjaman dari ALLAH

Andai hidup ini penuh dengan dosa
maka KAU sedarkan aku wahai TUHANKU
aku tak layak menghuni dunia ciptaanMU


Kita di ziarah MalaiKat maut setiap 21 MiniT?

BIsMillahirrahmanirrahimm...


Sebuah hadis Nabi S.A.W yg diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas R.A, bahwa Rasullullah S.A.W bersabda yang maksudnya:


"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muke bumi ini 70 kali dlm sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati org itu ade yg sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat org ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala utk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok bergelak ketawa"


Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali org-org soleh yg sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai & sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi S.A.W yg menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dgn malaikat maut.


1 hari=24 jam= 1440 minit


1440 minit/70=20.571 minit


INI BERMAKNa MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITa SETIAP 21 MINIT


~ingatlah yang dunia ini hanya persinggahan kita. Sebelum kita pergi jauh, bawa amalan sebagai bekalan disana. Ini sebagai renungan untuk diri sendiri dan orang lain juga. moga-moga diberkatiNYA.

Saturday, December 24, 2011

Hadis-hadis mengenai mengusap muka selesai berdoa


Sering kita melihat diantara saudara-saudara kita apabila mereka telah selesai berdo'a, mereka mengusap muka mereka dengan kedua telapak tangan. Mereka yang mengerjakan demikian, ada yang sudah mengetahui dalilnya akan tetapi mereka tidak mengetahui darjat dalil itu, apakah sah datangnya dari Nabi saw atau tidak? Tentang dalilnya ada beberapa riwayat yang sampai kepada kita, akan tetapi tidak satupun yang sah (shahih atau hasan) datangnya dari Nabi saw. 

Hadits Pertama
“Ertinya: Dari Ibnu Abbas, ia berkata: “Telah bersabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam: “Apabila engkau meminta (berdo'a) kepada Allah, maka hendaklah engkau berdo'a dengan kedua telapak tanganmu, dan janganlah engkau berdo'a dengan kedua punggung (telapak tangan). Apabila engkau telah selesai berdo'a, maka usaplah mukamu dengan kedua telapak tanganmu” ”. [Riwayat Ibnu Majah No. Hadits 181 dan 3866]

Hadits ini darjatnya sangatlah lemah/dhaif. Kerana di sanadnya ada seorang (rawi) yang bernama SHALIH BIN HASSAN AN-NADLARY. Tentang dia ini telah sepakat ahli hadits melemahkannya sebagaimana tersebut di bawah ini : 
1. Kata Imam Bukhari: “Munkarul hadits (orang yang diingkari hadits/riwayatnya)”
2. Kata Imam Abu Hatim: “Munkarul hadits, dhaif”
3. Kata Imam Ahmad bin Hambal: “Tidak ada apa-apanya (maksudnya: lemah)”
4. Kata Imam Nasa’i: “Matruk (orang yang ditinggalkan haditsnya)”
5. Kata Imam Ibnu Ma'in: “Dia itu dhaif” 
6. Imam Abu Daud telah pula melemahkannya 
[Baca: Al-Mizanul 'Itidal jilid 2 halaman 291, 292]

Imam Abu Daud juga meriwayatkan dari jalan Ibnu Abbas, akan tetapi di sanadnya ada seorang rawi yang tidak disebut namanya (dalam istilah ilmu hadits disebut rawi mubham). sedang Imam Abu Daud sendiri telah berkata : “Hadits inipun telah diriwayatkan selain dari jalan ini dari Muhammad bin Ka'ab al-Quradzy (akan tetapi) semuanya lemah. Dan ini jalan yang semisalnya, dan dia ini (hadits Ibnu Abbas) juga lemah”. 
[Baca Sunan Abi Daud No. hadits 1485]

Hadits Kedua
Telah diriwayatkan oleh Saa-ib bin Yazid dari bapaknya (Yazid) : 
“Ertinya : Bahawasanya Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, apabila beliau berdo'a mengangkat kedua tangannya, (setelah selesai) beliau mengusap mukanya dengan kedua (telapak) tangannya”. [Riwayat : Imam Abu Daud No. hadits 1492]

Sanad hadits inipun sangat lemah, kerana di sanadnya ada rawi-rawi :
[1]. IBNU LAHI'AH, Dia ini seorang rawi yang lemah. (Apabila yang meriwayatkan dari Abdullah bin Lahi’ah bukan Abdullah bin Mubarak atau Abdullah bin Wahab atau Abdullah bin Yazid. Kalau salah satu dari tiga orang di atas meriwayatkan hadits dari Ibnu Lahi’ah, maka haditsnya Ibnu Lahi’ah shahih atau sekurang-kurangnya hasan. Sedangkan riwayat di atas, tidak diriwayatkan oleh salah seorang yang saya terangkan di atas.)
[2]. HAFSH BIN HASYIM BIN 'UTBAH BIN ABI WAQQASH, Dia ini rawi yang tidak diketahui/dikenal (majhul). 
[Baca : Mizanul 'Itidal jilid I halaman. 569]. 

Hadits Ketiga
Telah diriwayatkan oleh Umar bin Khattab, ia berkata : 
“Ertinya : Adalah Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, apabila mengangkat kedua tangannya waktu berdo'a, beliau tidak turunkan kedua (tangannya) itu sehingga beliau mengusap mukanya lebih dahulu dengan kedua (telapak) tangannya”. [Riwayat : Imam Tirmidzi]

Hadits ini sangat lemah, kerana disanadnya ada seorang rawi bernama HAMMAD BIN ISA AL-JUHANY. 
1. Dia ini telah dilemahkan oleh Imam-imam : Abu Daud, Abu Hatim dan Daruquthni. 
2. Imam Al-Hakim dan Nasa'i telah berkata : Ia telah meriwayatkan dari Ibnu Juraij dan Ja'far Ash-Shadiq hadits-hadits palsu. 
[Baca : Al-Mizanul 'Itidal jilid I hal. 598 dan Tahdzibut-Tahdzib jilid 3 halaman. 18-19] 

Kata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata : “Adapun tentang Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam mengangkat kedua tangannya di waktu berdo'a, maka sesungguhnya telah datang padanya hadits-hadits yang shahih (lagi) banyak (jumlahnya). Sedangkan tentang beliau mengusap mukanya dengan kedua (telapak) tangannya (sesudah berdo'a), maka tidak ada padanya (hadits yang shahih lagi banyak), kecuali satu-dua hadits yang tidak dapat dijadikan hujjah (alasan tentang bolehnya mengusap muka dengan kedua telapak tangan sesudah berdo’anya”. 
[Baca : Fatawa Ibnu Taimiyah jilid 22 halaman 519]. 

Saya berkata : Perkataan Ibnu Taimiyah tentang Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam berdo'a dengan mengangkat kedua tangannya telah datang padanya hadits-hadits yang shahih lagi banyak, sangat benar dan tepat sekali. Bahkan hadits-haditsnya dapat mencapai darjat mutawatir kerana telah diriwayatkan oleh sejumlah sahabat. Di bawah ini saya sebutkan sahabat yang meriwayatkannya dan Imam yang mengeluarkan haditsnya : 
1. Oleh Abu Humaid (Riwayat Bukhari dan Muslim). 
2. Oleh Abdullah bin Amr bin Ash (Riwayat Bukhari dan Muslim). 
3. Oleh Anas bin Malik (Riwayat Bukhari) tentang Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam berdo'a di waktu perang Khaibar dengan mengangkat kedua tangannya. 
4. Oleh Abu Musa Al-Asy'ariy (Riwayat Bukhari dan lain-lain). 
5. Oleh Ibnu Umar (Riwayat Bukhari). 
6. Oleh Aisyah (Riwayat Muslim). 
7. Oleh Abu Hurairah (Riwayat Bukhari). 
8. Oleh Sa'ad bin Abi Waqqash (Riwayat Abu Daud). 
Adapun yang merupakan qaul (perkataan/sabda) Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, ada diriwayatkan oleh Malik bin Yasar (sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam), ia berkata : Telah bersabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam : 
“Ertinya : Apabila kamu meminta (berdo'a) kepada Allah, maka mintalah kepada-Nya dengan telapak tangan kamu, dan janganlah kamu meminta kepada-Nya dengan punggung (tangan)”. [Shahih Riwayat : Abu Daud No. 1486]

Kata Ibnu Abbas (sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam) : 
“Ertinya : Permintaan (do'a) itu, iaitu: Engkau mengangkat kedua tanganmu setentang dengan kedua pundakmu”.[Riwayat Abu Daud No. 1486]

Kata Ibnu Abbas (Shahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam) :
“Ertinya : Permintaan (do’a) itu iaitu engkau mengangkat kedua tanganmu setentang dengan kedua pundakmu” [Riwayat Abu Daud No. 1489]

Adalagi diriwayatkan tentang mengangkat kedua tangan waktu berdo'a. 
“Ertinya :Dari Abu Hurairah, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam : 'Wahai sekalian manusia ! Sesungguhnya Allah itu baik, dan Ia tidak akan menerima kecuali yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah perintahkan mu'minim sebagaimana Ia telah perintahkan para Rasul, Ia telah berfirman : “Wahai para Rasul !.. Makanlah dari yang baik-baik, dan kerjakanlah amal shalih, sesungguhnya Aku dengan apa-apa yang kamu kerjakan maha mengetahui “. (Surat Al-Mu'minun : 51). Dan Ia telah berfirman (pula) : “Wahai orang-orang yang beriman !. Makanlah dari yang baik-baik apa-apa yang Kami telah rizkikan kepada kamu”. (Surat Al-Baqarah : 172). Kemudian Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam menyebutkan tentang seseorang yang mengadakan perjalanan jauh dengan rambut kusut masai dan berdebu. (orang tersebut) mengangkat kedua tangannya ke langit (berdo'a) : Ya Rabbi ! Ya Rabbi ! (Kata Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam selanjutnya) : “Sedangkan makanannya haram dan minumannya haram dan pakaiannya haram dan diberi makan dengan yang haram, maka bagaimana dapat dikabulkan (do'a) nya itu”. [Shahih Riwayat Muslim 3/85]

Diantara faedah dari hadits yang mulia ini ialah: 

(1). Sunnat berdo’a dengan mengangkat kedua tangan. 
(2). Bertawwassul di dalam berdo’a dengan nama dan sifat Allah seperti : Ya Rabbi, Ya Rabbi. 
(3). Perintah makan dan minum dari zat yang halal dan dari hasil yang halal. 
(4). Larangan makan dan minum dari zat yang haram seperti babi dan khamr dan dari hasil yang haram. 
(5). Salah satu syarat diterimanya do’a ialah dengan makan dan minum yang halal. 
(6). Salah satu dari sekian sebab tidak diterimanya do’a seseorang kerana makanan dan minumannya dari yang haram atau diberi makan dari yang haram.

KESIMPULAN 
1. Tidak ada satupun hadits yang shahih tentang mengusap muka dengan kedua telapak tangan sesudah berdo'a. Semua hadits-haditsnya sangat dhaif dan tidak boleh dijadikan alasan tentang sunatnya. 
2. Kerana tidak ada contohnya dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, maka mengamalkannya bererti BID'AH. 
3. Berdo'a dengan mengangkat kedua tangan hukumnya sunat dengan mengambil fi'il dan qaul Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam yang telah sah. 
4. Ada lagi kebiasaan bid'ah yang dikerjakan oleh kebanyakan saudara-saudara kita yaitu : Mengusap muka dengan kedua telapak tangan atau satu telapak tangan sehabis salam dari shalat.

[Disalin dari buku Al-Masas-il (Masalah-masalah agama) Jilid 1, Penulis Abdul Hakim bin Amir Abdat, Penerbit Darul Qlam, Jakarta, Cetakan III Th 1423H/2002M]

Cukur Jambul Amalan Hindu?

Cukur jambul amalan bidaah orang Melayu
Jelas Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.





AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) 

Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. 

Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. 

Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz. 

Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w..

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat. 

Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.

Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini. 

"Mengikut sesetengah pendapat, amalan cukur jambul adalah tradisi dan kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat India seperti menggunakan buah kelapa. "Soalnya, kenapa menggunakan buah kelapa? Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam?" kata
beliau.

Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain. 

Menurut Abu Hassan, upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan. 

"Tetapi kadang-kadang disebabkan rasa gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga, kita mengadakan majlis secara besar-besaran hingga menampakkan unsur-unsur kemewahan. Perbuatan ini tidak menjadi kesalahan asalkan niat dan tujuan diadakan adalah ikhlas kerana Allah s.w.t.. Cuma dibimbangi sekiranya ia bertukar menjadi riak, maka ia adalah menjadi satu kesalahan," ulas beliau mengenai kecenderungan masyarakat hari ini yang gemar mengadakan majlis cukur jambul secara besar-besaran. 

Masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan 
kepercayaan dan tradisi agama lain.

Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang Melayu dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini. Berpandukan kepada sejarah, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika itu menganut agama Hindu. 

Antara adat yang tidak boleh dipisahkan oleh
masyarakat Melayu ialah persandingan dan menepung tawar pengantin ketika majlis perkahwinan. Walaupun Islam tidak melarang tetapi dari segi perlaksanaannya ia tetap bertentangan dengan syariat agama. Contohnya,
menghiaskan pengantin dan ditambah dengan pelamin yang berhias bunga-bungaan dan sebagainya. Kemudian, pengantin diletakkan di atas pelamin dan diadakan upacara merenjis dan menepung tawar. Malah pengantin perempuan pada hari ini juga cenderung melukis pelbagai bentuk dan corak pada tangan mereka sedangkan ia jelas bertentangan dengan hukum Islam yang melarang sebarang lukisan dilakukan pada anggota badan.

"Sebenarnya terlalu banyak adat dan tradisi yang
bertentangan dengan syariat tetapi masih tetap
diamalkan oleh masyarakat Melayu. Sepatutnya semua perkara bidaah ini harus dihentikan demi menjamin kesejahteraan ummah. "Justeru, demi kebaikan bayi yang dilahirkan supaya menjadi manusia yang berguna kelak, tidak seharusnya mereka didedahkan dengan perkara 
khurafat dan bidaah sejak masih kecil," tegas beliau.



sumber: utusan

7 pahala yang berterusan selepas kematian



Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya. - yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.


Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda :

"Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Cant stop falling for you



The effect you leave on me
Is something unbelievable
When you walk in the room
It makes my breath unbreathable

My heart leaps like a star
shooting in the sky
Your arms wrapped around me
Makes me want to cry.

Not the kind that brings sad thoughts
or the ones for fear
But the ones when you know that
The one you love is near.

With your hand around my waist
and your head hearing my heart
Your hand just grasping mine
Wishes we'd never part.

The way you tell me its all ok
and the way we get in fights
not only makes me yell at you
but you make it all alright

I'm not scared with you near me
And I am not afraid of you
The only thing i wish was true
Was that you love me too

I just cant stop falling for you

Islam or........


Isu murtad ni dah lama orang duk sibuk bercakap tapi takde sangat pencegahan dan usaha untuk menyekat murtad ni. Ramai pendakwah di Malaysia ni kebanyakannya fokus untuk menarik orang bukan beragama islam supaya masuk Islam, tapi yang cuba untuk berdakwah kepada orang murtad ni boleh dibilang dengan jari. Tengok budak ni Tajul, nama asal Tajul Azri dan berasal dari Melaka, dia murtad selepas SPM. Tengok lah sendiri group ini MURTADS IN MALAYSIA & SINGAPORE, mereka terang-terangan menghina Islam selepas murtad, dan group ini dijadikan tempat untuk berbincang mengenai kemurtadan (tak tau betul ke tak eja) mereka.

Murtad ni boleh dibahagikan kepada 3 kategori:

1.   Orang yang murtad, namun menyembunyikannya.
2.   Orang yang murtad dan menzahirkannya.
3.   Orang yang murtad dan menzahirkannya serta menyerang Islam dengannya

Kategori Pertama: Orang yang murtad, namun menyembunyikannya.

Orang yang murtad namun menyembunyikannya kemurtadannya sehingga tiada siapa yang mengetahui kecuali ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat, tidak dijatuhkan hukum hudud di dunia. Hukuman mereka adalah di sisi Allah di Hari Akhirat kelak.

Orang murtad dari kategori pertama inilah yang disinggung oleh sekian banyak ayat al-Qur’an, salah satu daripadanya:

Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (Islam) lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya. [QS. al-Baqarah :217]

Syaikh Yusuf al-Qaradhawi hafizhahullah menjelaskan:

Islam tidak menjatuhkan hukuman bunuh atas orang yang murtad yang tidak menghebahkan murtadnya dan tidak menyeru orang lain agar murtad sepertinya. Islam membiarkannya agar menerima balasannya di akhirat kelak jika dia mati dalam kekafirannya itu. Allah berfirman……(lalu beliau mengemukakan ayat 217 surah al-Baqarah di atas).[Jinayat al-Riddah wa ‘Uqubah al-Murtad fi Dhau’i al-Qur’an wa al-Sunnah (edisi terjemahan oleh Zaharan Mohamed & Mohd. Akhir Yaacob atas judul Jenayah Murtad dan Hukumannya Menurut Perspektif al-Qur’an dan al-Sunnah (Rmi Multimedia, Shah Alam, 2000), ms. 56.]

Kategori Kedua: Orang Yang Murtad Dan Menzahirkannya.

Orang yang murtad lalu menzahirkannya atau mengumumkannya dengan apa cara sekali pun seperti media cetak, media elektronik, internet, Sistem Pesanan Ringks (SMS) dan sebagainya, maka dia dijatuhkan hukuman bunuh setelah terlebih dahulu diberi tempoh dan diajak untuk bertaubat. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia.[  Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 6922 (Kitab Istitabah al-Murtaddin… Bab hukum lelaki yang murtad dan wanita yang murtad.]

Ada pun berkenaan permintaan taubat, terdapat perbincangan di kalangan para ilmuan dan ia menghasilkan lima pendapat:[ Syaikh Abu Malik Kamal bin al-Sayyid Salim – Shahih Fiqh al-Sunnah wa Adillatuh wa Taudih Mazahib al-A’immah (edisi terjemahan oleh Khairul Amru & Faisal Saleh atas judul Shahih Fiqh al-Sunnah; Pustaka Azzam, Jakarta, 2007), jld. 4, ms. 262-266]

  1.  Wajib meminta orang murtad untuk bertaubat.
  2.  Dianjurkan meminta orang murtad untuk bertaubat.
  3.  Harus meminta orang murtad untuk bertaubat.
  4. Wajib meminta taubat kepada orang yang asalnya kafir, kemudian memeluk Islam, kemudian murtad. Permintaan taubat tidak dibolehkan bagi orang yang asalnya Islam, kemudian murtad.
  5. Orang yang murtad tidak perlu diminta untuk bertaubat melainkan memadai diperintahkan untuk kembali kepada Islam sambil diacukan pedang di lehernya.

Setelah mengemukakan lima pendapat di atas serta menganalisa dalil-dalil setiap pendapat, Syaikh Abu Malik Kamal bin al-Sayyid Salim hafizhahullah menjelaskan pendapat yang terkuat
[ Shahih Fiqh al-Sunnah, ms. 266.]

Juga atas dasar keumuman firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: Kemudian jika mereka bertaubat dan mendirikan solat serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [QS. at-Taubah: 5]

Kategori Ketiga: Orang Yang Murtad Dan Menzahirkannya Serta Menyerang Islam Dengannya.

Orang yang murtad dan menzahirkannya serta menyerang Islam dengan apa cara sekali pun, sama ada dengan menggunakan senjata, pena, lisan, pemikiran serta menggunakan bantuan orang bukan Islam dan munafik, maka mereka ditangkap dan dibunuh serta merta tanpa diberi tempoh dan diajak untuk bertaubat. Pengecualian adalah jika mereka bertaubat sebelum ditangkap, maka taubat mereka diterima.

Berkenaan orang murtad kategori ketiga ini, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
" Darah seorang muslim yang mengaku bahawa tidak ada yang berhak disembah selain Allah dan bahawa aku Nya Rasul, tidak boleh ditumpahkan melainkan dalam tiga kes: Dalam Qisas bagi pembunuhan, orang berkahwin yang melakukan hubungan seksual haram dan orang yang beralih dari Islam (murtad) dan meninggalkan Muslim."Sahih al-Bukhari, 9:83:17

Tidak dihalalkan darah seorang muslim yang bersaksi bahawasanya tiada tuhan selain Allah dan bahawasanya Muhammad adalah Rasulullah melainkan salah satu dari tiga perkara:

  1.  Seorang yang berzina setelah dia menjaga kehormatannya dengan perkahwinan, maka sesungguhnya dia direjam,
  2.  Seorang yang keluar (dari Islam dan jamaah, lalu) memerangi Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia dibunuh atau disalib atau dibuang negeri dan
  3.   Seorang yang membunuh satu jiwa, maka dia dibunuh sebagai hukum timbal balik.[Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 4353 (Kitab al-Hudud, Bab hukuman bagi orang yang murtad)]

Mereka ditangkap dan dibunuh serta merta tanpa diberi tempoh dan diajak untuk bertaubat berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
Balasan orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas atau dipalang atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang atau dibuang negeri. Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.

Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka terlepas dari hukuman itu). Maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [QS. al-Maidah:33-34]

Friday, December 23, 2011

10 bandar yang ditinggalkan

Pripyat, Ukraine – ditinggalkan pada 1986

Bandar ni terletak 100km dari Kiev dan di tinggalkan tak berpenghuni selepas letupan nuklear yang berlaku di Chernobyl. Sebelum tragedi nuklear ini berlaku, bandar ini dianggarkan mempunyai populasi 50,000 orang dan mempunyai bangunan serba lengkap, sekolah, teater, taman permaina, hospital, shopping mall dan sebagainya. Semasa tragedy ni bermula, semua penduduk di Bandar ni di minta meninggalkan rumah dan semua peralatan dan pakaian mereka di situ kerana ianya telah terdedah kepada radiasi. Rugi kan?


Sanzhi, Taiwan – ditinggalkan pada 1980

Bandar ni terletak di utara Taiwan dan merupakan salah satu rancangan pembangunan bandar pelancongan yang di bangunkan oleh FELDA TAIWAN. namun bandar ni di tinggalkan terbangkalai dimana dah hampir 90% siap kerana masalah kepercayaan karut, bukannya masalah bankrap. Ramai pekerja disini mati dalam pelbagai kemalangan yang pelik, menyebabkan bos besar mereka panggil tok bomoh. Dan bandar ini dikatakan berhantu, sebab tu la banyak kematian berlaku kat sini ketika construction. Lagenda mengatakan bahawa orang yang pertama jumpa tempat ni secara tak sengaja memecahkan satu tugu atau batu yang berbentuk naga. Tempat ni cantik dan futuristi, tapi terbengkalai kerana kepercayaan karut. SAFETY FIRST



Craco, Italy – ditinggalkan pada 1963

Bandar ni merupakan bandar yang telah lama diduduki semenjak tahun 1060. Ia terletak berhampiran dengan Toronto bay. Namun ianya di tinggalkan pada tahun 1963 kerana terlalu banyak gegaran bumi berlaku di sini.



Kolmanskop, Namibia – ditinggalkan pada 1954

Bandar ini berkembang pesat pada zaman itu kerana penemuan beberapa ombong berlian oleh pelombong dari Germany. Bandar ini mula dibina pada permulaan abad ke 20. Bandar ini juga serba lengkap kerana mempunyai kasino, sekolah, teater, hotel dan sebagainya. Bandar ini dibina di tengah-tengah kawasan gurun padang pasir sama seperti Las Vegas. Namun ketika penurunan harga berlian ketika itu dan berlaku pula perang duni kedua, menyebabkan bandar ini di tinggalkan secara keseluruhan.



Hashima Island, Japan – ditinggalkan pada 1974

Bandar ini bermula dengan agak maju kerana ketika itu berlaku revolusi perindustrian di Jepun. Pulau ini di ambil alih oleh syarikat Mitsubishi, dan menguruskan industri arang batu. Namun selepas harga arang batu jatuh kerana beralih kepada petrolium, pulau ini di tinggalkan. Hari ini kita masih lagi dapat lihat pulau ni dan nampak macam horror sket.



Oradour Sur Glane, France – ditinggalkan pada 1944

Bandar ni di buka oleh tentera nazi ketika perang dunia kedua sebagai tempat tahanan dan bandar rehat untuk mereka. Dianggarkan 642 orang telah mati di bunuh di sini dalam tempoh 2 tahun.



Centralia, Pennsylvania, United States

Pada tahun 1962, beberapa pekerja yang melakukan proses pembersihan mencadangkan untuk membakar smapah di dalam satu lubang besar di dalam tanah. Namun kerana kekurangan pembelajaran matematik dan sains, mereka tidak menyangka lubang itu mengeluarkan gas yang berbahaya. Dan apabila mereka start bakar sampah, satu kebakaran besar berlaku. Pada tahun 1981, rekahan pada jalan raya menyebabkan gas tersebut terus mengeluarkan gas beracun.



Humberstone, Chile – ditinggalkan pada 1960

Tak banyak yang diketahui mengenai bandar ni. Bandar ni asalnya satu bandar industri namun kerana kebanyakan penduduk di sini mula berpindah ke kawasan yang lebih maju menyebabkan industri di sini semakin malap dan akhirnya ditinggalkan.



Bodie, California, United States – ditinggalkan pada 1942

Pada akhir abad ke 19, bandar ni sangat maju dan boleh dikatakan sebagai pusat lubuk emas kerana memang tempat ini mempunyai lubuk emas. Faham? Tapi bila dah lama sangat duk ambik emas, lama-lama habis la. Bandar ni start merudum pada tahun 1912



Kayakoy, Turkey – ditinggalkan pada 1923

Bandar ni terletak di Anatolia dan kebanyakan penduduknya merupakan Greek ortodoks. Namun selepas berlakunya perang antara Greek dengan Turki, keseluruhan bandar ini di tinggalkan begitu saja.



pacemakers berkuasa plutonium

sape-sape yang tak tau pacemakers to apa, try tengok kat sini pacemakers. secara ringkasnya, pacemakers ni bertujuan membatu orang yang ada masalah jantung dengan menghasilkan elektrik untuk degupan jantung kembali normal.

sepanjang tempoh pembangunan pacemakers project ni, pelbagai punca kuasa telah digunakan untuk pacemakers ni termasuk thermoelectronic batteries yang mengandungi 2-4 curies plutonium-238. sape-sape yang tak blajar sangat kimia ni, plutonium-238 mempunyai half-life 88 tahun. plutonium ni jugak bleh digunakan untuk mengasilkan senjata nuklear dengan penguraian plutonium.

Plutonium ni decay, menyebabkan penhasilan electric yang stimulate jantung pesakit ini. setakat ni, kat US dah adad 50 hingga 100 orang yang pakai pacemakers ni.

design luaran dia ni pakai titanium yang anti karat dan withstand dengan api dan sebagainya. kalo nak tau, titanium ni kalo kita tembak dan bakar sekalipun, memang tak jadi apa la.

dose rates pada permukaan pacemakers ni dianggarkan 5-15 mrem per hour daripada gamma rays dan neutrons. exposure pada tubuh pemakai ni pulak dianggarkan 0.1 rem per year.

bayangkan, dalam tubuh si pesakit ni,

"aku ada nuclear device dalam tubuh aku, dah rasa macam ironman+wolverine"

Wednesday, December 21, 2011

small little things


kadang hidup ni tak adil
selalu jatuh
jatuh terlentang, tersungkur
cuba pandang balik ke belakang
bukan dunia atau hidup yang salah
tapi manusia yang lawan arus
menyusur mengikut nafsu
mana ketidakadilan tadi?

"aku tak kuat"
tu ayat bullshit untuk yang putus asa
cuba bangkit
hadapi dunia
sebagaimana kau cuba hadapi diri sendiri

ingat apa yang kau pernah buat
itu memori
ingat apa yang kau rasa indah
itu kenangan
ingat apa yang kau rasa pahit
itu kekuatan!

~untuk diri sendiri

jiwang sket~


If you love some one because you think that he or she is really gorgeous.
then it's not love. it's ~ Infatuation ~

If you love some one because you think that you shouldn't leave him because others think that you shouldn't.
then it's not love. it's ~ compromise ~

If you love some one because you think that you cannot live with out his touch.
then it's not love. it's ~lust~

If you love some one because you have been kissed by him .
then it's not love. it's ~ inferiority complex~

If you love some one because you cannot leave him thinking that it would hurt his feelings ..
then it's not love.. it's ~charity~....

If you love some one because you share every thing with him ...
then it's not love... it's ~friendship~...

but if you feel the pain of the other person more than him even when he is stable and you cry for him ... that's ~LOVE~ =

if you get attracted to there people but stay with him without any regrets...
that's ~LOVE~

If you let him go knowing that he has to go but he doesn't want to ...
that's ~LOVE~

Saturday, December 17, 2011

10 cara buat guard U anda mnjadi giler


1#: tahan guard di tengah jalan, kemudian kluarkan buku nota n tulis surat saman sambil berleter kt guard tu.

2#: tahan guard skali lg time die lalu ngn motor, n bile die stop, ckap, 'pak cik, bleh tumpang?', 'naek la, nk pegi mane ni?'. 'pegi miri'. jwb ngn muka slumber.

3#: pinjam walkie talkie guard n ckp nk call mak. lps tu buat2 bergayut ngn mak smbil gelak2... agak2 dh dlm 15 minit, bg blik kt guard n ckp, 'prepaid dh habis'.

4#: lalu dkt palang automatik rmai2 ngn member, buat2 mcm meraton n bile dh smpy kt palang tu, touch ngn kad matrix n jerit, 'yes! ak juara lg!'

5#: stiap kali knderaan lalu, buat2 mcm angkat palang tu... buat muka mcm palang tu berat smbil jerit kt guard, 'pak cik, laen kli buat palang automatik, penat sy nk kena angkat.'

6#: ambik brg banyak2, n scan kt tmpat touch kad mtrix (palang automatik). buat mcm scanner kt maydin n berlagak mcm cashier. jemput member rmy2 untuk mnjayakannya..

7#: pnggil mmber 4 org n buat2 mcm tgh naik keta smbil lalu kt palang auto... (gaya sja tnpa keta)

8#: bile guard lalu ngn moto, jerit 'tolong.... tolong...'.
bile guard berenti n tnye knpe, smabung dialog tu ngn, 'tolong garu blkg saya, kurap ni start gatal2 plak'.

9#: lalu dpn post guard time malam ngn member dlm 10 org sambil berbual..'ape benda kt belakang guard tu? dh la berbulu'. berbual sesama mmber...

10#: stop depan sign board guard yg ade tertulis 'sila berhenti, pemeriksaan keselamatan'. stop kt situ lama2 ngn member, kmudian jerit, 'pak cik, dh habis cek blom? dh bleh lalu ke?'

p/s: untuk keberkesanan cara2 ini, anda hendaklah aim pada guard yang sama n muka hendaklah serius...

ade banyak lg tp mls nk taip. kah3