Friday, December 23, 2011

10 bandar yang ditinggalkan

Pripyat, Ukraine – ditinggalkan pada 1986

Bandar ni terletak 100km dari Kiev dan di tinggalkan tak berpenghuni selepas letupan nuklear yang berlaku di Chernobyl. Sebelum tragedi nuklear ini berlaku, bandar ini dianggarkan mempunyai populasi 50,000 orang dan mempunyai bangunan serba lengkap, sekolah, teater, taman permaina, hospital, shopping mall dan sebagainya. Semasa tragedy ni bermula, semua penduduk di Bandar ni di minta meninggalkan rumah dan semua peralatan dan pakaian mereka di situ kerana ianya telah terdedah kepada radiasi. Rugi kan?


Sanzhi, Taiwan – ditinggalkan pada 1980

Bandar ni terletak di utara Taiwan dan merupakan salah satu rancangan pembangunan bandar pelancongan yang di bangunkan oleh FELDA TAIWAN. namun bandar ni di tinggalkan terbangkalai dimana dah hampir 90% siap kerana masalah kepercayaan karut, bukannya masalah bankrap. Ramai pekerja disini mati dalam pelbagai kemalangan yang pelik, menyebabkan bos besar mereka panggil tok bomoh. Dan bandar ini dikatakan berhantu, sebab tu la banyak kematian berlaku kat sini ketika construction. Lagenda mengatakan bahawa orang yang pertama jumpa tempat ni secara tak sengaja memecahkan satu tugu atau batu yang berbentuk naga. Tempat ni cantik dan futuristi, tapi terbengkalai kerana kepercayaan karut. SAFETY FIRST



Craco, Italy – ditinggalkan pada 1963

Bandar ni merupakan bandar yang telah lama diduduki semenjak tahun 1060. Ia terletak berhampiran dengan Toronto bay. Namun ianya di tinggalkan pada tahun 1963 kerana terlalu banyak gegaran bumi berlaku di sini.



Kolmanskop, Namibia – ditinggalkan pada 1954

Bandar ini berkembang pesat pada zaman itu kerana penemuan beberapa ombong berlian oleh pelombong dari Germany. Bandar ini mula dibina pada permulaan abad ke 20. Bandar ini juga serba lengkap kerana mempunyai kasino, sekolah, teater, hotel dan sebagainya. Bandar ini dibina di tengah-tengah kawasan gurun padang pasir sama seperti Las Vegas. Namun ketika penurunan harga berlian ketika itu dan berlaku pula perang duni kedua, menyebabkan bandar ini di tinggalkan secara keseluruhan.



Hashima Island, Japan – ditinggalkan pada 1974

Bandar ini bermula dengan agak maju kerana ketika itu berlaku revolusi perindustrian di Jepun. Pulau ini di ambil alih oleh syarikat Mitsubishi, dan menguruskan industri arang batu. Namun selepas harga arang batu jatuh kerana beralih kepada petrolium, pulau ini di tinggalkan. Hari ini kita masih lagi dapat lihat pulau ni dan nampak macam horror sket.



Oradour Sur Glane, France – ditinggalkan pada 1944

Bandar ni di buka oleh tentera nazi ketika perang dunia kedua sebagai tempat tahanan dan bandar rehat untuk mereka. Dianggarkan 642 orang telah mati di bunuh di sini dalam tempoh 2 tahun.



Centralia, Pennsylvania, United States

Pada tahun 1962, beberapa pekerja yang melakukan proses pembersihan mencadangkan untuk membakar smapah di dalam satu lubang besar di dalam tanah. Namun kerana kekurangan pembelajaran matematik dan sains, mereka tidak menyangka lubang itu mengeluarkan gas yang berbahaya. Dan apabila mereka start bakar sampah, satu kebakaran besar berlaku. Pada tahun 1981, rekahan pada jalan raya menyebabkan gas tersebut terus mengeluarkan gas beracun.



Humberstone, Chile – ditinggalkan pada 1960

Tak banyak yang diketahui mengenai bandar ni. Bandar ni asalnya satu bandar industri namun kerana kebanyakan penduduk di sini mula berpindah ke kawasan yang lebih maju menyebabkan industri di sini semakin malap dan akhirnya ditinggalkan.



Bodie, California, United States – ditinggalkan pada 1942

Pada akhir abad ke 19, bandar ni sangat maju dan boleh dikatakan sebagai pusat lubuk emas kerana memang tempat ini mempunyai lubuk emas. Faham? Tapi bila dah lama sangat duk ambik emas, lama-lama habis la. Bandar ni start merudum pada tahun 1912



Kayakoy, Turkey – ditinggalkan pada 1923

Bandar ni terletak di Anatolia dan kebanyakan penduduknya merupakan Greek ortodoks. Namun selepas berlakunya perang antara Greek dengan Turki, keseluruhan bandar ini di tinggalkan begitu saja.



No comments:

Post a Comment