Sunday, October 21, 2012

Apa itu RRP dan AP?


Perbezaan RRP dan AP
RRPSingkatan daripada Retail Recommended Price (Harga Official) atau istilah lain yang orang selalu dok sebut ialah harga untuk handphone Original Set.
APSingkatan daripada Approved Product atau istilah yang biasa kita dengar ialah harga untuk handphone AP set.

Perbezaan ketara handphone AP set dan Original set ialah perbezaan pengedar dan waranti je, tapi berbeza dalam kes blackberry. contoh kat sini, handphone Nokia Lumia 800. Untuk makluman, Nokia Lumia 800 AP set juga dibuat di kilang Nokia. Cuma semasa diedarkan, ia tidak melalui pengedar yang diiktiraf oleh Nokia. Kalau handphone itu diedar melalui pengedar yang diiktiraf Nokia, ia akan bertukar menjadi set Original dan sudah tentu harganya lebih mahal. Untuk waranti pulak, tempat nak tuntut waranti ni banyak cawangannya. So kalau korang suka travel, ambik Original set. Kalau korang punya rumah dekat dengan kedai handphone yang korang beli tu, better beli AP set je.
Satu lagi, apa yang membuatkan handphone Original set mahal, waranti 12 bulan itu akan recover untuk semua kerosakan manakala waranti 12 bulan AP set hanya recover certain kerosakan sahaja. Untuk aksesori pembelian, ia lengkap sama seperti Original set jika korang memilih untuk membeli handphone AP set dalam keadaan Full Set. Ya, AP set membenarkan pembeli untuk membeli sama ada handphone sahaja atau Full Set yang lengkap dengan kotak dan aksesori sama seperti Original set.
pembelian ni atas orang sendiri, ada yang fikir buat apa nak bayar mahal-mahal untuk waranti? kalau elok jaga, xde masalah. AP set dan Original set juga dibuat di kilang jenama yang sama. Cuma pengedar sahaja yang berlainan. Kualiti tetap sama seperti Original set. Jadi, tak perlulah korang memandang enteng dan risau dengan handphone AP ni ye.

1 comment: